Jika anda seorang pemilik bisnes di Malaysia, perkataan “E-Invois” atau “E-Invoicing” mungkin membuat anda sedikit cemas sejak setahun kebelakangan ini. Ia bukan lagi “cadangan” atau “perancangan masa depan”. Ia adalah realiti.

Mulai 1 Julai 2025, pelaksanaan E-Invois telah diwajibkan untuk semua pembayar cukai, termasuk PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana).

Ramai yang masih keliru. Adakah ia sama dengan invois PDF yang saya emel? Adakah saya perlukan perisian (software) baru? Apa jadi kalau saya tidak buat?

Di Proma Corporate Services, kami faham kebimbangan anda. Tugas kami adalah untuk menukar kerumitan pematuhan (compliance) kepada proses yang mudah untuk anda.

Ini adalah panduan lengkap anda, dalam bahasa yang mudah faham.

.

Apa Sebenarnya E-Invois?

Secara ringkas: E-Invois (Invois Elektronik) adalah bukti jualan (atau belian) digital yang disahkan oleh LHDN dalam masa nyata (real-time).

Ia BUKAN invois biasa yang anda buat dalam Microsoft Word atau Excel dan simpan sebagai PDF.

Perbezaan utamanya adalah PENGESAHAN LHDN.

Dalam sistem lama, anda cipta invois -> beri pada pelanggan -> simpan untuk rekod akaun. Dalam sistem baru, prosesnya ialah:

  1. Anda cipta invois (dalam sistem perakaunan anda).
  2. Invois itu dihantar secara automatik ke pangkalan data LHDN melalui API (atau anda masukkan manual di portal MyInvois).
  3. LHDN akan mengesahkan invois itu serta-merta dan kembalikan “Invois yang Disahkan” (Validated E-Invoice) yang mempunyai kod QR unik.
  4. Barulah invois yang disahkan ini anda hantar kepada pelanggan anda.

Kenapa LHDN Wajibkan E-Invois?

Tujuan utama LHDN adalah untuk ketelusan digital.

  • Mengurangkan Ketirisan Cukai: Menyukarkan perniagaan “laci” atau shadow economy yang tidak mengisytiharkan jualan.
  • Meningkatkan Kecekapan: Data jualan dan belian anda sudah “dilihat” oleh LHDN. Ini akan memudahkan proses pemfailan cukai anda pada masa hadapan.
  • Digitalisasi Negara: Ini adalah sebahagian daripada pelan ekonomi digital kebangsaan untuk memodenkan cara kita berniaga.

Siapa yang Wajib Guna & Bila Tarikhnya?

Pelaksanaan E-Invois dibuat secara berfasa:

  • Fasa 1 (Ogos 2024): Syarikat dengan hasil > RM100 juta.
  • Fasa 2 (Januari 2025): Syarikat dengan hasil > RM25 juta.
  • FASA 3 (1 Julai 2025): SEMUA perniagaan, tidak kira hasil tahunan.

Ya, ini bermakna jika anda seorang pemilik enterprise, freelancer, atau syarikat Sdn. Bhd., anda kini wajib mengeluarkan E-Invois untuk semua jualan anda.

Bagaimana Ia Memberi Kesan Kepada Aliran Tunai & Akaun Saya?

Ini adalah bahagian paling penting yang ramai terlepas pandang.

  1. Invois Anda MESTI Betul: Tiada lagi “nanti saya betulkan”. Sebarang kesilapan (cth: salah eja nama, salah kira) memerlukan proses Debit Note atau Credit Note yang juga perlu melalui LHDN. Proses kerja anda mesti lebih teliti.
  2. Tuntutan Perbelanjaan (Expenses): Untuk anda menuntut sebarang kos perniagaan sebagai pelepasan cukai (cth: beli laptop, bayar servis), anda WAJIB ada E-Invois yang sah daripada pembekal (supplier) anda. Resit tulisan tangan atau invois PDF biasa mungkin tidak lagi laku.
  3. Perisian Akaun Anda: Jika anda masih menggunakan Excel atau software lama yang tidak bersambung (integrated) dengan sistem E-Invois LHDN, anda akan menghadapi masalah besar. Anda akan membuang banyak masa membuat kerja manual di Portal MyInvois.

Apa Berlaku Jika Saya Abaikan E-Invois?

Mengabaikannya bukan lagi pilihan.

  • Risiko Denda: LHDN mempunyai kuasa mengenakan penalti dan denda di bawah Akta Cukai Pendapatan bagi kegagalan mematuhi.
  • Klien Tak Mahu Bayar: Klien korporat yang besar tidak akan membayar invois anda jika ia bukan E-Invois yang sah, kerana mereka perlukannya untuk tuntutan cukai mereka.
  • Masalah Audit: Apabila LHDN membuat semakan, data anda sudah ada pada mereka. Sebarang percanggahan antara E-Invois anda dan pemfailan cukai anda akan dikesan dengan mudah.

.

Pening Kepala? Biar Pakar yang Uruskan.

Pelaksanaan E-Invois adalah perubahan terbesar dalam landskap perakaunan dan percukaian Malaysia sejak GST. Ia bukan sekadar “isu teknikal”; ia adalah isu pematuhan teras.

Anda ada dua pilihan:

  1. Luangkan berjam-jam masa anda belajar selok-belok teknikal, melatih staf, dan risau tentang kesilapan pematuhan.
  2. Fokus pada perkara yang anda pakar—menjalankan bisnes anda—dan serahkan kerumitan ini kepada pakar.

Di Proma Corporate Services, kami bukan sekadar “buat akaun”. Kami adalah rakan kongsi pematuhan anda.

Servis Perakaunan & Percukaian kami kini 100% Sedia E-Invois (E-Invoice Compliant).

Apabila anda melanggan servis kami, kami akan uruskan:

  • Penyediaan akaun bulanan anda menggunakan perisian yang diintegrasi penuh dengan LHDN.
  • Memastikan setiap jualan dan belian anda direkod dengan betul mengikut piawaian E-Invois.
  • Menguruskan pemfailan cukai anda (CP204, Borang E, Borang C) dengan data yang selari dan telus.

Jangan biarkan E-Invois melambatkan bisnes anda.

Hubungi kami di Proma Corporate Services hari ini untuk konsultasi percuma. Mari kita pastikan bisnes anda 100% patuh, cekap, dan bebas pening kepala.

.

e-inovis LHDN