“Saya nak daftar syarikat Sdn Bhd Boleh tolong tak?”

Bagi usahawan di Malaysia, memilih bentuk perniagaan yang betul adalah langkah yang sangat penting.

Semua ini akan membantu dalam proses pengembangan perniagaan, tender, pembiayaan kewangan dan juga kadar cukai yang perlu dibayar.

Salah satu pilihan paling popular untuk mengembangkan perniagaan adalah dengan mendaftar Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd). Namun, ramai yang masih tertanya-tanya bagaimana proses daftar syarikat Sdn Bhd dilakukan, dokumen apa yang diperlukan, dan berapa kos serta tempoh masa yang terlibat.

Artikel ini akan menerangkan secara ringkas tetapi lengkap dengan segala apa yang perlu anda tahu.

.

Apa Itu Syarikat Sdn Bhd?

.

Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) ialah entiti perniagaan yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tertakluk kepada Akta Syarikat 2016.

daftar syarikat sdn. bhd.

Beberapa ciri utama Sdn Bhd:

  • Pemilik syarikat dipanggil pemegang saham (shareholders).
  • Tanggungjawab kewangan pemilik adalah terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan.
  • Syarikat dianggap sebagai entiti berasingan — ia boleh memiliki aset, membuat kontrak, dan mengambil pinjaman atas nama syarikat, bukan individu.
  • Lebih diyakini oleh bank, pelabur, dan pelanggan berbanding perniagaan enterprise.

.

Syarat untuk Daftar Syarikat Sdn Bhd

Sebelum mendaftar, pastikan anda memenuhi syarat asas berikut:

  • Minimum 1 pengarah berumur 18 tahun ke atas, menetap di Malaysia, dan tidak muflis.
  • Minimum 1 pemegang saham (boleh jadi pengarah yang sama).
  • Alamat berdaftar syarikat dalam Malaysia.
  • Modal berbayar minimum RM1 (boleh ditingkatkan bila perlu).

.

Dokumen yang Diperlukan

Semasa proses pendaftaran, anda perlu menyediakan beberapa maklumat dan dokumen penting:

  1. Nama syarikat yang dicadangkan (sekitar 2–3 pilihan untuk elak ditolak).
  2. Maklumat pengarah dan pemegang saham – salinan kad pengenalan / pasport.
  3. Alamat berdaftar syarikat dan alamat perniagaan.
  4. Jenis perniagaan utama yang dijalankan.
  5. Constitution syarikat (dokumen ini pilihan, kerana syarikat boleh guna peruntukan standard dalam Akta Syarikat 2016).

.

Cara Daftar Syarikat Sdn Bhd

Pendaftaran dilakukan melalui sistem MyCoID 2016 SSM secara online atau melalui setiausaha syarikat (company secretary).

Langkah ringkasnya:

  1. Tempah nama syarikat melalui sistem SSM.
  2. Isi maklumat pengarah, pemegang saham, dan alamat syarikat.
  3. Serahkan dokumen sokongan seperti kad pengenalan.
  4. Bayar fi pendaftaran.
  5. Setelah lulus, SSM akan mengeluarkan Sijil Pendaftaran (Notice of Registration).

Kebiasaannya, ramai usahawan menggunakan khidmat setiausaha syarikat berlesen untuk memudahkan proses.

.

Berapa Lama Proses Daftar?

Jika semua dokumen lengkap dan nama syarikat diluluskan tanpa isu, proses daftar syarikat Sdn Bhd biasanya mengambil masa antara 1 – 3 hari bekerja.

.

Kos Daftar Syarikat Sdn Bhd

Antara kos-kos asas yang perlu anda tahu:

  • Fi rasmi SSM: bermula RM1,000.
  • Khidmat setiausaha syarikat: sekitar RM1,000 – RM2,500 (bergantung kepada firma).
  • Kos tambahan mungkin termasuk chop syarikat, cop rasmi, akaun bank syarikat, dan perkhidmatan setiausaha berterusan (annual retainer).

Secara amnya, untuk memulakan sebuah syarikat Sdn Bhd, kos keseluruhan boleh bermula sekitar RM2,000 – RM3,500.

.

Apa Perlu Tahu Selepas Daftar?

Selepas berjaya mendaftar, anda perlu ambil perhatian perkara berikut:

  • Lantik setiausaha syarikat dalam masa 30 hari selepas penubuhan.
  • Buka akaun bank syarikat menggunakan sijil pendaftaran.
  • Sediakan akaun kewangan tahunan dan kemukakan kepada SSM.
  • Daftar cukai pendapatan syarikat dengan LHDN.
  • Pertimbangkan daftar SST jika perniagaan capai ambang jualan tertentu.

.

Kesimpulan

Daftar Syarikat Sdn Bhd - Proma Corporate

Proses daftar syarikat Sdn Bhd di Malaysia tidaklah serumit yang disangka. Dengan syarat asas yang mudah, dokumen lengkap, dan bantuan setiausaha syarikat, anda boleh menubuhkan syarikat dalam masa beberapa hari sahaja.

Syarikat Sdn Bhd bukan sahaja meningkatkan kredibiliti, tetapi juga melindungi pemilik dengan had tanggungan yang lebih jelas. Ia adalah pilihan terbaik bagi usahawan yang mahu mengembangkan perniagaan secara serius dan profesional.